
Satu mesej
Para nabi dan rasul diturunkan untuk membawa satu mesej sahaja. Ya, satu mesej sahaja dan mesej ini tidak berubah-rubah sepanjang perubahan sejarah, masa dan geografi manusia. Tamadun boleh berubah. Masa boleh berubah. Tempat boleh berubah. Tetapi mesej ini tidak pernah berubah. Mesej ini di akhiri oleh Muhammad bin Abdullah yang mengambil masa 13 tahun menanam mesej tersebut ke dalam hati penduduk mekah dan para sahabat. Al-Quran mengulang-ulang mesej ini dalam kaedah bahasa yang berbeza tetapi berkisar pada persoalan yang sama. Mesej ini tidak lain adalah kalimah la illah haillah, hakikat mengenal Allah, menjawab persoalan dari mana kita datang, apa kita buat di dunia ini dan kemana kita akan pergi. Mesej ini adalah hakikat...